32
3.3.4 Pencegahan dan Sekatan Peranti Dijangkiti
Ciri ini menghalang peranti dijangkiti daripada menyampaikan
maklumat peribadi atau status dijangkiti kepada pihak luaran.
NOTA: Fungsi ini didayakan secara automatik jika anda menjalankan
Router Weakness Scan (Imbasan Kelemahan Penghala).
Untuk mendayakan pencegahan dan sekatan peranti
dijangkiti:
1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > Aiprotection Pro.
2. Dari halaman utama Aiprotection Pro, klik Network Protection
(Perlindungan Rangkaian).
3. Dari anak tetingkap Infected Device Prevention and Blocking
(Pencegahan dan Sekatan Peranti Dijangkiti), klik ON (HIDUP).
Untuk mengkongurasi Keutamaan Peringatan:
1. Dari anak tetingkap Infected Device Prevention and Blocking
(Pencegahan dan Sekatan Peranti Dijangkiti), klik Alert
Preference (Keutamaan Peringatan).
2. Pilih atau masukkan pembekal e-mel, akaun e-mel dan kata
laluan, kemudian klik Apply (Guna).