EasyManuals Logo
Home>IKEA>Battery Charger>LADDA

IKEA LADDA User Manual

IKEA LADDA
12 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #10 background imageLoading...
Page #10 background image
Ciri-ciri pengecas
Mengecas 1 hingga 4 biji bateri HR6/AA dan/atau
1 hingga 4 biji bateri cas semula HR03/AAA.
— 4 saluran mengecas.
Cas dihentikan oleh sensor voltan delta minus
berasingan (-dV).
Keselamatan oleh penentu masa keselamatan dan
sensor suhu berasingan.
— 100-240V~ untuk kegunaan di seluruh dunia.
Pengesanan bateri tidak boleh dicas semula dan
bateri rosak.
— Paparan LED dua warna.
Arahan pengendalian
Pasangkan kord kuasa yang disertakan dengan
pengecas dan sambungkan ia ke soket kuasa.
Masukkan bateri dengan betul ke dalam slot
mengecas mengikut penunjuk kekutuban (+/-)
lihat rajah 1.
Penunjuk LED akan berkelip sekali dalam
warna merah untuk setiap bateri yang baru
dimasukkan. Penunjuk akan berwarna merah
sepanjang proses mengecas dan bertukar ke
warna hijau apabila semua bateri selesai dicas.
Pengecasan beransur-ansur akan bermula
apabila bateri dicas penuh.
Penunjuk LED akan berkelip merah dan
pengecas akan berhenti mengecas jika bateri
tidak boleh dicas semula atau bateri rosak
dimasukkan ke dalam pengecas tanpa sengaja.
Untuk pengetahuan anda
Bateri baharu memerlukan antara 2 hingga 3
kali pengecasan dan kitaran penggunaan untuk
mengoptimumkan prestasi bateri.
Jika bateri disimpan dan tidak digunakan selama
lebih daripada satu minggu, caskannya sebelum
digunakan.
Bateri yang panas ketika mengecas adalah
sesuatu yang normal dan ia akan perlahan-
lahan sejuk selepas dicas.
Masa mengecas mungkin berbeza mengikut
kapasiti bateri yang berbeza.
Masa mengecas mungkin berbeza bergantung
kepada sisa cas yang ada, usia bateri dan suhu
sekitar.
— Suhu storan bateri: -20°C hingga 25°C.
— Suhu pengendalian pengecas: 0°C hingga 4C.
Cabut pengecas daripada soket kuasa sebelum
membersihkannya atau ketika ia tidak digunakan.
Gunakan kain lembap apabila membersihkan
pengecas. Jangan rendamkannya di dalam air.
Cadangan amaran: lihat belakang pengecas.
Simpan manual ini untuk kegunaan pada masa
hadapan.
Model: YH-990BF
Rangkaian input: 100-240Vac, 50/60Hz, 0.2A
Rangkaian output: AA 1.2Vx4 1000mA AAA 1.2Vx4
500mA
MEMATUHI STD.1310 DIPERAKUI CSA STD. C22.2
NO.223-M91.
AMARAN:
Risiko Kecederaan. Risiko Kejutan Elektrik.
Penggunaan di lokasi yang kering sahaja. Caskan
hanya bateri cas semula jenis Ni-MH and Ni-Cd
sahaja.
Untuk sambungan ke sumber yang bukan di negara
A.S., gunakan penyuai palam sambungan dengan
kongurasi sebenar untuk sumber kuasa, jika
perlu.
Alat ini bukan untuk kegunaan individu (termasuk
kanak-kanak) dengan kekurangan kebolehan zikal,
deria atau mental, atau kekurangan pengalaman
dan pengetahuan, melainkan mereka diawasi atau
diberikan arahan berkenaan penggunaan alat
ini oleh orang yang bertanggungjawab terhadap
keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan alat ini.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan dengan
kord khas atau pemasangan yang boleh didapati
daripada pembekal atau ejen perkhidmatannya.
Pengeluar: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, 343 81 ÄLMHULT
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar ke
tapak pelupusan dan meminimumkan kesan negatif
yang berpotensi ke atas kesihatan manusia serta
alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
BAHASA MALAYSIA 10

Other manuals for IKEA LADDA

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the IKEA LADDA and is the answer not in the manual?

IKEA LADDA Specifications

General IconGeneral
BrandIKEA
ModelLADDA
CategoryBattery Charger
LanguageEnglish

Related product manuals