Pembersihan
— Sebelum menggunakan peralatan
memasak untuk kali pertama, basuh,
bilas dan keringkan dengan sempurna.
— Peralatan memasak adalah selamat
digunakan untuk mesin basuh pinggan.
Untuk menghindarkan daripada kesan
mendapan air, sentiasa lap hingga
kering selepas membasuh. Kesan boleh
dihilangkan menggunakan sedikit cuka
yang dilarutkan dalam air suam.
— Untuk mengelakan kesan garam, jangan
tambah garam sehingga air mendidih.
— Jangan gunakan pengosok periuk
atau sebarang produk yang boleh
mencalarkan permukaan.
— Dasarnya adalah agak cekung bila
sejuk, tetapi akan mengembang
bila dipanaskan. Sentiasa biarkan
peralatan memasak sejuk sebelum
membersihkannya. Ini membolehkannya
kembali ke bentuk asal dan membantu
mengelakkannya daripada menjadi tidak
rata bila digunakan.
Cara penggunaan
Kuali menggoreng ini mempunyai lapisan
keluli tahan karat. Untuk hasil menggoreng
terbaik, mulakan dengan memanaskan
kuali dengan haba yang tinggi, kemudian
rendahkan suhu kepada satu pertiga apabila
memasak makanan. Anda hanya memerlukan
haba rendah ke sederhana apabila anda
memasak di atas dapur. Makanan mungkin
akan melekat pada kuali pada mulanya,
tetapi akan dibebaskan setelah lubang kecil
tertutup. Untuk mendapatkan hasil masakan
berwarna keperangan, terbalikkan makanan
beberapa kali.
BAHASA MALAYSIA 14