BAHASA MALAYSIA 29
Maklumat keselamatan
Untuk keselamatan anda dan pengendalian alat ini yang
betul, sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum
memasang dan menggunakan alat ini. Simpan arahan ini
bersama dengan alat ini pada setiap masa walaupun anda
berpindah atau menjualnya. Pengguna mesti benar-benar
tahu ciri-ciri pengendalian dan keselamatan alat ini.
Penggunaan yang betul
• Jangan biarkan alat ini tanpa pengawasan semasa
pengendalian.
• Alat ini direka khusus untuk penggunaan di rumah.
• Alat ini direka khusus untuk penggunaan dalam bangunan.
• Alat ini tidak boleh digunakan sebagai permukaan kerja atau
alas penyimpanan.
• Jangan letakkan atau simpan cecair mudah terbakar, bahan
yang sangat mudah terbakar atau objek yang boleh lakur
(contohnya, lem plastik, plastik, aluminium) di dalam atau
berhampiran dengan alat ini.
• Berhati-hati apabila menyambung alat elektrik ke
soket berhampiran. Jangan biarkan wayar sambungan
bersentuhan atau tertindih di bawah alat ini atau bekas
memasak yang panas.
• Jangan lakukan kerja pembaikan sendiri bagi mencegah
kecederaan dan kerosakan kepada alat ini. Sentiasa hubungi
kedai IKEA terdekat anda.
Content
Maklumat keselamatan 29
Arahan Keselamatan 32
Keterangan Produk 34
Petunjuk 35
Penggunaan Harian 35
Panduan bekas memasak 37
Penjagaan dan pembersihan 38
Penyelesaian masalah 39
Data teknikal 40
Kebimbangan Alam Sekitar 40
Jaminan IKEA 41