82
6 Menjaga sistem anda
Pembersihan dan penyahjangkitan
Pembersihan dan penyahjangkitan adalah berbeza dan
kedua-duanya harus dilakukan. Pembersihan merupakan
sebahagian daripada penjagaan dan penyenggaraan biasa
anda dan harus dilakukan sebelum penyahjangkitan,
tetapi pembersihan tidak membunuh kuman.
Penyahjangkitan merupakan satu-satunya cara untuk
mengurangkan pendedahan anda kepada penyakit.
Untuk maklumat pembersihan, lihat halaman83 dan
untuk maklumat penyahjangkitan, lihat halaman85.
Menyimpan sistem anda
Simpan meter, jalur uji, larutan kawalan dan item lain
anda di dalam beg pembawa anda. Simpan di tempat
yang dingin dan kering antara 5°C dan 30°C. Jangan
simpan di dalam peti sejuk. Jauhkan semua item dari
cahaya matahari terus dan haba.