EasyManuals Logo
Home>IKEA>Fondue Maker>SENIOR

IKEA SENIOR User Manual

IKEA SENIOR
12 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #10 background imageLoading...
Page #10 background image
Cara mencuci
Sebelum pertama kali menggunakan
produk ini, cuci ia menggunakan tangan
dan keringkan dengan teliti.
Cuci periuk dengan tangan selepas
digunakan dalam air menggunakan
berus. Mencuci periuk menjadi lebih
mudah semasa ia masih panas. Lap
dengan teliti selepas mencuci.
Bagaimana menggunakan periuk
fondue
Periuk fondue boleh digunakan untuk
memasak cthnya daging, ikan, sayur-
sayuran atau cendawan dalam minyak,
bubur atau wain merah. Jangan isi
periuk dengan cecair melebihi dari dua
pertiga .
Cecair dalam periuk (1) boleh sama
ada dipanaskan atas dapur atau
dipanaskan terus di atas penunu. Jika
anda menggunakan minyak dan ingin
memastikan ia mempunyai suhu yang
betul, uji dengan mencelup sekeping
roti atau makanan yang ingin dimasak.
Jika desiran terdengar, minyak adalah
cukup panas.
Isi penunu dengan bahan api (alkohol
yang dinyahaslikan) atau gunakan
alkohol pejal (pes yang boleh terbakar)
untuk periuk fondue. Jika anda gunakan
bahan api cecair, curah ke dalam
bekas bahan api (2) yang kemudiannya
di letakkan di luar bekas (3). Jika
anda menggunakan alkohol pejal,
letakkannya terus pada bekas sebelah
luar. Oleh itu tidak perlu menggunakan
bekas bahan api. Jangan isi penunu
terlalu penuh untuk mengelakkan bahan
api tertumpah dan boleh menyebabkan
ia terbakar.
Pasangkan peredam pada sebelah luar
bekas. Menggunakan pemegang pada
peredam, bekalan udara ke penunu dan
juga api akan terkawal.
Letakkan penunu pada tempatnya dan
nyalakan. Berhati-hati! Api daripada
pemetik api atau mancis boleh menyala
hasil daripada wasap daripada penunu.
Dengan berhati-hati letakkan periuk
pada tempat periuk. Gunakan pelapik
periuk jika periuk telah di panaskan
terlebih dahulu pada dapur.
Masak bahan-bahan pilihan anda (cth.
daging atau sayur-sayuran). Letakkan
sedikit makanan pada satu-satu masa.
Jika anda memasak terlalu banyak
makanan, masa memasak akan jadi
lebih lama.
Padamkan api penunu dengan penutup
penunu.
Penting!
Jika minyak terbakar, padamkan
menggunakan penutup periuk atau
selimut. Jangan cuba padamkan api
menggunakan air!
Jangan isi penunu dengan bahan
api semasa ia masih panas. Tunggu
hingga ia cukup sejuk untuk diangkat
menggunakan tangan.
Sentiasa letakkan set fondue pada
permukaan yang tidak mudah terbakar
cthnya. dulang logam.
Sentiasa perhatikan penunu semasa
menggunakannya.
Pengetahuan tambahan
Periuk ini sesuai digunakan untuk semua
jenis dapur.
1.Periuk 2. Bekas bahan api
3. Bekas di bahagian luar 4. Pelembap
5. Tempat letak periuk 6. Penutup penunu.
BAHASA MALAYSIA 10

Other manuals for IKEA SENIOR

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the IKEA SENIOR and is the answer not in the manual?

IKEA SENIOR Specifications

General IconGeneral
BrandIKEA
ModelSENIOR
CategoryFondue Maker
LanguageEnglish