7
MS
Ringkasan Keselamatan
1. OSMO
TM
Action 4 mengandungi magnet. Untuk mengelakkan gangguan,
jauhkan kamera daripada magcard, kad IC, cakera keras, cip RAM, peranti
implan perubatan seperti perentak jantung dan peranti-peranti lain. JANGAN
guna bateri dalam persekitaran elektrostatik atau elektromagnet yang kuat.
Jika tidak, papan litar mungkin tidak berfungsi.
2. Bersihkan bateri, kanta, penutup perlindungan kanta dan penutup USB-C
dengan kain bersih dan kering. Jika tidak, Osmo Action 4 mungkin tidak lagi
kalis air. Semua lubang pada Osmo Action 4 mempunyai bahan kalis air
terbina dalam. JANGAN cucuk lubang tersebut.
3. Ikut arahan dalam manual pengguna untuk memastikan bateri dipasang,
penutup USB-C ditutup dan penutup perlindungan kanta diketatkan dengan
betul. Pastikan Osmo Action 4 kering sebelum mengeluarkan bateri.
4. JANGAN benarkan bateri bersentuhan dengan cecair. JANGAN biarkan bateri
tersebut dilitupi kelembapan atau dibasahi hujan. JANGAN jatuhkan bateri
ke dalam air. Sekiranya ini terjadi, letupan atau kebakaran boleh berlaku.
Jika bateri jatuh ke dalam air, segera letakkan di kawasan yang selamat
dan terbuka. Kekalkan jarak yang selamat dari bateri sehingga ia kering
sepenuhnya. JANGAN guna bateri sekali lagi dan buang bateri dengan betul
seperti yang dijelaskan dalam perkara 21.
5. Padamkan api bateri dengan menggunakan air, pasir, selimut api atau alat
pemadam api serbuk kering.
6. JANGAN buka bateri atau menusuknya dengan cara apa pun. JANGAN guna
atau cas bateri yang bengkak, bocor atau rosak. Jika bateri tidak normal,
hubungi DJI OSMO untuk mendapatkan bantuan lanjut.
7. Bateri hendaklah digunakan pada suhu antara -20° hingga 45° C (-4° hingga
113° F). Penggunaan bateri dalam persekitaran di atas 45° C (113° F) boleh
menyebabkan kebakaran atau letupan. Sebelum menggunakan bateri dalam
persekitaran suhu rendah, disyorkan untuk mengecas bateri sepenuhnya
dalam persekitaran suhu biasa. Mengecas bateri pada julat suhu yang ideal
dapat memanjangkan hayat bateri.
8. JANGAN jatuhkan atau hentam bateri. JANGAN letakkan objek berat pada
bateri. JANGAN gunakan bateri yang telah terlibat dalam kemalangan atau
terkena hentaman kuat.
9. Elektrolit dalam bateri sangat mengakis. Sekiranya elektrolit terkena pada
kulit atau mata anda, segera basuh kawasan tersebut dengan air dan
dapatkan rawatan doktor.
10. JANGAN panaskan bateri. JANGAN guna pengering rambut untuk
mengeringkan bateri atau masukkan bateri ke dalam ketuhar gelombang
mikro atau bekas bertekanan.
11. Bateri mesti dicas melalui Osmo Action 4 atau Sarung Bateri Pelbagai
Fungsi Osmo Action. DJI OSMO tidak bertanggungjawab jika bateri dicas
menggunakan pengecas bukan DJI OSMO.
12. JANGAN cas bateri dekat dengan bahan mudah terbakar atau pada
permukaan yang mudah terbakar seperti permaidani atau kayu. JANGAN
biarkan bateri tanpa pengawasan semasa pengecasan.
13. Cas bateri pada suhu antara 5° hingga 40° C (41 ° hingga 104 ° F). Suhu yang ideal
untuk mengecas ialah antara 22° hingga 28° C (72° hingga 82° F ). Mengecas pada
julat suhu yang ideal dapat memanjangkan hayat bateri. JANGAN cas bateri
sebaik sahaja selepas penggunaan. Suhu bateri mungkin terlalu tinggi dan boleh
menyebabkan kerosakan serius pada bateri.
14. Putuskan sambungan pengecas apabila tidak digunakan. Periksa pengecas
dengan kerap untuk mengesan kerosakan pada kord, palam dan bahagian lain
pengecas. JANGAN guna pengecas yang rosak. JANGAN bersihkan pengecas
dengan alkohol ternyahasli atau pelarut mudah terbakar lain.
15. Jauhkan bateri daripada capaian kanak-kanak dan haiwan.
16. JANGAN tinggalkan bateri berhampiran sumber haba seperti relau atau
pemanas, atau dalam kenderaan pada hari yang panas. Elakkan menyimpan
bateri di bawah cahaya matahari langsung. JANGAN simpan bateri dalam
persekitaran dengan suhu lebih tinggi daripada 60° C (140° F). Suhu
penyimpanan yang ideal ialah 22º C hingga 28º C (71.6° hingga 82.4° F).
17. Simpan Osmo Action 4 dan bateri di tempat yang berudara dan pastikan
Osmo Action 4 kering untuk mengelakkan pemeluwapan pada kanta kamera.
Disyorkan untuk menyimpan kamera dalam persekitaran dengan kelembapan
lebih rendah daripada 40%.
18. JANGAN simpan bateri untuk jangka masa yang panjang setelah dinyahcas
sepenuhnya. Jika tidak, bateri mungkin dinyahcaskan secara berlebihan dan
menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki. Nyahcaskan bateri
hingga 40-65% jika ia akan tidak digunakan selama 10 hari atau lebih. Ini
dapat memanjangkan jangka hayat bateri dengan lebih lama.
Dengan menggunakan produk ini, anda menyatakan bahawa anda
telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat garis
panduan ini dan semua arahan di https://www.dji.com/osmo-action-4
KECUALI SEPERTIMANA YANG DIBERIKAN DENGAN NYATA DALAM
DASAR PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN YANG TERSEDIA DIHTTPS://
WWW.DJI.COM/SERVICE/POLICY, PRODUK DAN SEMUA BAHAN
DAN KANDUNGAN YANG TERSEDIA MELALUI PRODUK DISEDIAKAN
"SEBAGAIMANA ADANYA" DAN ATAS "ASAS YANG TERSEDIA" TANPA
SEBARANG WARANTI ATAU SYARAT.
19. Sebelum mengambil bateri dalam penerbangan syarikat penerbangan,
nyahcas bateri sepenuhnya. Pastikan untuk menyahcas bateri di lokasi kalis
api.
20. Jauhkan pemegang dari objek logam seperti cermin mata, jam tangan, barang
kemas dan pin rambut. JANGAN angkut bateri yang rosak atau dengan tahap
bateri lebih tinggi daripada 50%.
21. Hanya buang bateri selepas dinyahcas sepenuhnya. JANGAN buang bateri ke
dalam bekas sampah biasa. Patuhi peraturan tempatan berkenaan pelupusan
dan pengitaran semula bateri anda dengan ketat.
Spesifikasi
,
BR/EDR