41
Bahasa Melayu
Aplikasi Sonicare - Cara bermula
Muat turun Aplikasi Sonicare For Kids untuk menyokong
tabiat yang sihat. Aplikasi ini serasi dengan pelbagai
peranti pintar iOS dan Android (TM).
Nota: Jika peranti anda tidak mempunyai keupayaan
Bluetooth, anda masih boleh menggunakan aplikasi
Sonicare For Kids pada peranti pintar iOS dan Android
(TM) untuk meningkatkan pengalaman memberus anda.
Untuk mula menggunakan aplikasi Sonicare:
1
Muat turun aplikasi Sonicare For Kids pada peranti
mudah alih anda.
2
Pastikan Bluetooth peranti anda dihidupkan.
3
Buka aplikasi dan ikut langkah yang disediakan.
4
Untuk menyambungkan berus gigi anda dengan
aplikasi tersebut, hidupkan berus gigi dengan
menekan butang kuasa hidup/mati atau butang mod
memberus.
Nota: Pastikan berus gigi itu tidak berada pada
pengecas semasa anda menghidupkannya.
5
Cipta akaun Philips untuk papan pemuka ibu bapa
melalui aplikasi tersebut. Lengkapkan kemas kini
perisian tegar, jika digesa, untuk mengakses
penambahbaikan dan ciri terkini.
6
Aplikasi itu menyambung dengan berus gigi tersebut
secara automatik. Jika berus gigi itu tidak
bersambung, ikuti langkah-langkah penyelesaian
masalah yang disediakan dalam aplikasi tersebut.
Nota: Dekatkan peranti mudah alih dengan berus gigi
anda apabila anda menggunakan berus gigi anda.
Pastikan peranti mudah alih anda selamat di tempat
yang kering.
Ciri aplikasi
Aplikasi Sonicare For Kids menyediakan ciri-ciri berikut:
- Keupayaan untuk menjejaki corak memberus
seseorang kanak-kanak
- Papan Pemuka Ibu Bapa
- Digunakan untuk melihat corak memberus
seseorang kanak-kanak.