47
Bahasa Melayu
Langkah 3: Lepaskan butang kuasa apabila anda mendengar
bunyi bip.
Nota: Menggunakan ciri Easy-start melampaui tempoh
persediaan awal tidak disyorkan dan akan
mengurangkan keberkesanan Sonicare dalam
menyingkirkan plak.
Pengecasan dan status bateri
Berus gigi Philips Sonicare for Kids ini direka bentuk
untuk memberikan sekurang-kurangnya 28 sesi
pemberusan, setiap sesi selama 2 minit (14 hari jika
digunakan dua kali sehari) dengan bateri dicas
sepenuhnya. Penanda bateri menunjukkan status bateri
apabila anda melengkapkan sesi pemberusan 2 minit,
apabila anda menjeda berus gigi atau semasa bateri
dicas.
Nota: Bateri mungkin mengambil masa hingga 24 jam
untuk dicas sepenuhnya sebelum penggunaan pertama
tetapi anda boleh menggunakan berus gigi Philips
Sonicare sebelum bateri dicas sepenuhnya.
Mengecas padapengecas
1
Masukkan palam pengecas ke dalam alur keluar
elektrik.
2
Letakkan pemegang pada pengecas.
- Pemegang mengeluarkan 2 bunyi bip yang singkat
untuk mengesahkan bahawa pemegang telah
diletakkan dengan betul.
- Lampu berkelip pada penunjuk bateri menunjukkan
bahawa berus gigi sedang dicas.
- Apabila pemegang telah dicas sepenuhnya pada
pengecas, penunjuk bateri menyala warna hijau
selama 10 saat dan kemudian padam.
Status bateri
Status bateri (pemegang pada pengecas yang
dipasang)
Apabila pemegang diletakkan pada pengecas, penunjuk
bateri menunjukkan paras bateri.