43
Bahasa Melayu
untuk anda. Sila ikut arahan pemberusan di bawah untuk
mendapatkan pengalaman terbaik. Untuk membantu
anda beralih kepada berus gigi kuasa Sonicare for Kids
baharu, berus gigi ini disediakan dengan ciri EasyStart
diaktifkan. Ciri ini meningkatkan kuasa secara perlahan-
lahan selepas 14 pemberusan pertama untuk membantu
anda menyesuaikan diri dengan memberus
menggunakan berus gigi Philips Sonicare for Kids.
Nota: Untuk kanak-kanak bawah usia 8 tahun, ibu bapa
atau penjaga dewasa disyorkan melakukan pemberusan
gigi.
Arahan pemberusan
1
Basahkan bulu kejur dan letakkan sedikit ubat gigi.
2
Tempatkan bulu kejur berus gigi pada gigi dengan
menyendeng sedikit (45 darjah). Tekan dengan kemas
agar bulu kejur mencecah garis gusi atau ke bawah
sedikit garis gusi.
Nota: Pastikan bahagian tengah berus bersentuhan
dengan gigi pada setiap masa.
3
Tekan butang kuasa hidup/mati untuk
menghidupkan Philips Sonicare.