EasyManuals Logo

BMW Active Hybrid E-Bike User Manual

BMW Active Hybrid E-Bike
1146 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #694 background imageLoading...
Page #694 background image
692
MS
1 PENGENALAN.
1.1 Subjek manual ini.
Manual ini seharusnya membantu anda menjalankan
SHQ\HOHQJJDUDDQGDQNRQ³JXUDVLEDVLNDODQGD%DJLPHPDVWLNDQ
basikal anda berfungsi dengan optimum dan untuk jangka masa
panjang, baca manual ini sebelum anda menggunakan basikal anda
untuk kali pertama. Jika basikal anda dilengkapi dengan aksesori
tambahan yang tidak diterangkan fungsi dan pemasangannya dalam
risalah ini, ikuti arahan daripada pengilang tentang aksesori yang
disediakan bersama basikal ini.
Ambil perhatian terutamanya terhadap teks yang ditunjukkan
dengan simbol-simbol ini:
Simbol ini bermaksud kesihatan atau nyawa anda mungkin
berada dalam bahaya jika anda tidak mematuhi arahan yang
diberikan atau proses yang diterangkan.
Simbol ini merujuk kepada maklumat yang terutamanya
perlu diambil kira, sebagai contoh, langkah-langkah untuk
mengekalkan keadaan biasa.
Apabila terdapat simbol ini, rujuk arahan pengilang untuk
bahagian yang sepadan bagi mengelakkan kerosakan pada
basikal anda atau persekitaran.
1.2 Tanggungjawab.
Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang mana-mana langkah
yang diterangkan dalam manual ini, rujuk pengedar BMW anda.
Satu-satunya orang yang bertanggungjawab untuk pelanggaran
arahan yang diterangkan di sini ialah pemilik basikal ini. Kami
mengesyorkan agar anda membenarkan pengedar komersial anda
untuk menjalankan prosedur penyelenggaraan.
1.3 Keselamatan.
Amaran: Jika anda ingin menggunakan basikal ini di jalan raya,
ia mesti mempunyai pencahayaan dan isyarat akustik yang
diperlukan di negara itu.
Amaran 'HQJDQPDWODPDWXQWXNPHQJHNDONDQLQWHJULWL³]LNDO
penunggang basikal, BMW mengesyorkan penggunaan topi
keledar keselamatan yang dibenarkan untuk setiap jalan, yang
diperlukan untuk penggunaan di negara tersebut.
Amaran: E-Basikal Aktif tidak direka bentuk untuk menyambung
dan menarik troli kanak-kanak. Demi keselamatan anda dan
penumpang lain, jangan gunakan peranti ini.
Amaran: Jangan pasangkan apa-apa jenis pembawa bagasi
atau tempat duduk bayi pada batang tempat duduk karbon.
Amaran: Jangan gunakan apa-apa bahagian atau aksesori
yang tidak direka untuk basikal ini. Ini boleh menyebabkan
kemalangan dan akan membatalkan waranti.
Label basikal ini mengandungi maklumat berikut:
DIN EN 15194
Ŷ Inskripsi: Muatan maksimum
Ŷ Inskripsi: Tahun pengilangan
Untuk memeriksa bahawa basikal ini digunakan mengikut tujuannya
yang dimaksudkan, baca perenggan berkenaan dengan teliti dalam
norma EN itu:

Table of Contents

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the BMW Active Hybrid E-Bike and is the answer not in the manual?

BMW Active Hybrid E-Bike Specifications

General IconGeneral
BrandBMW
ModelActive Hybrid E-Bike
CategoryScooter
LanguageEnglish

Related product manuals