EasyManuals Logo
Home>BMW>Bicycle>Cruise Bike

BMW Cruise Bike User Manual

BMW Cruise Bike
Go to English
702 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #433 background imageLoading...
Page #433 background image
a b c
431
MS
3.7 Pembersihan.
Untuk menyelenggara basikal dengan baik, kami mengesyorkan agar
anda mengikuti langkah-langkah pencegahan asas ini:
Bersihkan kotoran dan lumpur dengan menggunakan span
lembap dan produk cucian lembut. Apabila membersihkan cat,
jangan gunakan larutan atau produk pembersihan beralkali yang
kuat.
Bahagian plastik sepatutnya hanya dibersihkan menggunakan air
bersabun.
Tayar boleh dibersihkan dengan span atau berus dan air
bersabun.
Selepas membersihkan basikal, keringkannya secara berhati-hati
dengan mengelap menggunakan kain lembut.
Selepas setiap basuhan, anda patut menggris unsur transmisi.
Amaran
: Elakkan daripada menggunakan peralatan
pembersihan tekanan dan jangan gunakan pembersih stim
sama sekali.
4 KONFIGURASI ASAS.
4.1 Memasang pedal.
Pedal kanan: Pedal kanan
ditanda pada gandar dengan
huruf R. Ketatkan ikut arah jam.
Pedal kiri: Pedal kiri ditanda
pada gandar dengan huruf L.
Ketatkan ikut arah lawan jam.
Griskan ulir pedal.
4.2 Pemasangan Bar Hendal.
4.2.1 Melaraskan semula Aheadset
®
.
(Aheadset
®
adalah ciri produk daripada jenama sistem tanpa ulir
syarikat DiaCompe).
Untuk memasang Aheadset
®
(a), biasanya anda memerlukan satu
atau dua perengkuh Allen dan tork. Buka skru bolt pengapit sisi satu
atau dua pusingan.
Alihkan lambang BMW dan ketatkan skru yang dikapit ke bahagian
atas dengan perengkuh Allan, lebih kurang, suku pusingan (b).
Amaran: Jangan ketatkan skru di bahagian atas, hanya
gunakannya untuk melaraskan jika ia longgar.
Pusingkan batang supaya bar hendal tidak senget. Ketatkan
bolt pengapit pada sisi batang (c). Gunakan perengkuh tork dan
jangan melebihi tork pengetatan maksimum! Anda akan menemui
maklumat ini dalam bab «Tork Pengetatan Yang Disyorkan»
dalam bahagian yang sama dan/atau dalam arahan pengilang bagi
bahagian itu.
Amaran: Ambil perhatian bahawa bahagian atas gandar sepit
boleh terjepit apabila skru diketatkan terlalu kuat.

Table of Contents

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the BMW Cruise Bike and is the answer not in the manual?

BMW Cruise Bike Specifications

General IconGeneral
BrandBMW
ModelCruise Bike
CategoryBicycle
LanguageEnglish

Related product manuals