EasyManuals Logo
Home>BMW>Bicycle>Cruise Bike

BMW Cruise Bike User Manual

BMW Cruise Bike
Go to English
702 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #436 background imageLoading...
Page #436 background image
a
b
c
d
434
MS
5 SISTEM BREK.
Brek cakera (a) menonjol kerana kecekapan pembrekannya yang
sangat hebat. Apabila keadaan lembap, brek cakera berfungsi jauh
lebih cepat daripada brek rim dan ia menawarkan keberkesanan
biasa dalam tempoh masa yang lebih singkat. Ia memerlukan
penyelenggaraan yang kecil dan tidak menghauskan rim.
Walau bagaimanapun, apabila keadaan lembap, ia cenderung
menghasilkan bunyi bising.
Pad brek baharu hendaklah digunakan sehingga tahap
optimum untuk membrek. Pecutkan basikal kira-kira 3 hingga
5 kali hingga agak-agak 30 km/j dan brek hingga anda berhenti.
Proses «bedding-in» selesai dan pada masa yang sama daya
yang perlu untuk menggunakan brek dikurangkan.
Jika brek cakera haus (b), perjalanan tuil brek dipanjangkan. Itulah
sebabnya anda mesti kerap melaraskan semula tuil brek ini. Jika
anda tidak pasti sepenuhnya atau ada soalan, hubungi pakar basikal
anda!
Amaran: Sistem brek menggunakan minyak mineral. Ia perlu
kerap ditukar, mengikut selang masa yang ditetapkan dalam
kalendar penyelenggaraan.
Pengilang brek biasanya menyediakan arahan terperinci. Baca
arahan dengan teliti sebelum menanggalkan roda atau
melakukan penyelenggaraan.
Amaran: Brek cakera menjadi panas apabila ia digunakan.
Itulah sebabnya anda tidak boleh sentuh brek sebaik sahaja
berhenti, terutamanya selepas perjalanan yang jauh.
Amaran: Jangan memanipulasikan brek. Bendalir brek
mungkin bocor, ia toksik kepada kesihatan anda dan mengakis
cat.
5.1 Kawalan brek cakera hidraulik.
Periksa hos brek (c) dan sambungan dengan kerap untuk mencari
kebocoran. Jika anda mengesan kebocoran bendalir brek, rujuk
pengedar BMW anda. Apabila brek tidak dijujuhkan dengan baik, ia
mungkin tidak boleh membrek atau hilang keberkesanan.
Periksa kehausan hos brek, pad brek atau bahagian pengikatan
logam yang terletak di angkup brek (d). Keluarkan pad brek
mengikut arahan pengilang, periksa pad brek itu dengan baik dan
jika perlu, gantikannya.
Pad brek dan brek cakera yang kotor boleh mengurangkan
prestasi pembrekan dengan drastik. Cuba elakkan brek ini
daripada dicemari minyak dan bendalir lain, sebagai contoh,
semasa membersihkan basikal atau menggriskan rantai.
Jangan bersihkan sama sekali pad brek yang kotor, ia mesti
ditukar! Brek cakera boleh dibersihkan dengan pembersih
cakera dan jika perlu, dengan air panas dan produk
pembersihan.
Sambungan terbuka dan hos yang bocor mengurangkan
keberkesanan pembrekan dengan ketara. Periksa sistem untuk
mencari kebocoran atau pancit di tempat pengedar BMW anda.

Table of Contents

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the BMW Cruise Bike and is the answer not in the manual?

BMW Cruise Bike Specifications

General IconGeneral
BrandBMW
ModelCruise Bike
CategoryBicycle
LanguageEnglish

Related product manuals